Kedah Darul Aman (KDA FC) mengumumkan keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualan 100 peratus saham kelab dengan Mahsuri Medical Centre.
Sebelum ini, pada akhir bulan lalu, Sang Kenari menyatakan hasrat mencari syarikat atau individu yang berminat untuk membeli keseluruhan saham dan mengambil alih kepentingan kelab tersebut. Namun, pasukan dari utara tanah air itu kini dilaporkan tidak mencapai kesepakatan dengan pihak berkenaan setelah menghantar surat maklum balas pada Khamis lepas.
“KDA FC telah menghantar surat kepada Mahsuri Medical Centre pada 11 November 2024, untuk memaklumkan keputusan menghentikan perbincangan berhubung penjualan 100 peratus saham KDA FC.
KDA FC turut mendoakan yang terbaik untuk Mahsuri Medical Centre dalam perkembangan perniagaannya di masa depan,” menurut kenyataan ringkas kelab itu.