Tempatan

Kerajaan Negeri Johor sedia bas shuttle percuma ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)

Datuk Onn Hafiz meninjau bas shuttle percuma yang disediakan kerajaan negeri. Foto Facebook Datuk Onn Hafiz

JOHOR : Kerajaan Negeri Johor berjaya menyediakan perkhidmatan bas shuttle percuma bagi seluruh rakyat Johor yang ingin ke Hopital Sultanah Aminah (HSA) dari Larkin Sentral. Kejayaan ini dikongsi di Facebook rasmi Datuk Onn Hafiz, Menteri Besar Johor sendiri.

Dalam hantaran pos beliau, beliau mengucapkan rasa syukur kerana berjaya merealisasikan inisiatif buat rakyat Johor. Berikut merupakan posting beliau di laman Facebook :

Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan menggunakan perkhidmatan shuttle Bas Muafakat Johor dari Larkin Sentral ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Perkhidmatan bas percuma kepada warganegara yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor ini beroperasi setiap hari Ahad hingga Khamis, seawal jam 6.30 pagi hingga 8 malam, dengan kekerapan bas setiap 15 minit.

Inisiatif perkhidmatan ini adalah untuk meringankan beban pesakit, serta pengunjung yang perlu ke hospital ini, sama ada bagi mendapatkan rawatan, atau pun menemani mereka yang tersayang.

Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kereta di HSA, dan juga masalah kesesakan di jalan raya sekitar.

Saya menyeru seluruh Bangsa Johor untuk menggunakan perkhidmatan Bas Muafakat Johor ini demi kesenangan anda.

Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) di atas pelaksanaan inisiatif ini.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

#BangsaJohor#MajuJohor#JohorBersih#JohorSelamat#XtifJohor

Ahli politik muda kini banyak menunjukkan kesan positif kepada rakyat, kehadiran mereka dengan inisiatif dan idea-idea baru mampu memberi manfaat lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Liputan Malaysia berharap lebih banyak ahli politik muda yang lebih progesif yang mampu membawa kemajuan lebih mapan di masa hadapan. Tahniah Kerajaan Negeri Johor!