
Pada Khamis, jumlah korban warga Palestin akibat serangan kejam Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 37,232 orang mengikut pengesahan dari sumber perubatan.
Sumber berkata sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sekurang-kurangnya 30 orang telah terbunuh dan 105 lainnya cedera dalam serangan Israel yang berlaku 24 jam yang lalu.
Menurut sumber, terdapat banyak lagi yang terperangkap di bawah reruntuhan dan di atas jalan, kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai kepada mereka.
Sumber: BERNAMA
