Tempatan

Petronas Teruskan Perbincangan dengan Petros Mengenai Ordinan Pengagihan Gas

Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).

Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).

Perbincangan yang sedang berlangsung ini bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan dan objektif semua pihak serta memelihara pengaturan kontrak yang sedia ada, menurut kenyataan syarikat minyak dan gas negara itu hari ini.

Perbincangan ini juga bertujuan untuk memastikan komitmen kepada pelabur dan pelanggan terus dapat dipenuhi.