Tempatan

MESYUARAT MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTI PENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO) BILANGAN 1 TAHUN 2024

PUTRAJAYA, 26 Februari 2024 – Pejabat Strategik Nasional, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) telah menganjurkan Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat Perkasa, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Objektif utama mesyuarat ini adalah bagi menyelaras hala tuju strategik bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta menangani isu jenayah penipuan pekerjaan di Malaysia.

Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan strategi yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penarafan negara dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang.

Kertas-kertas pertimbangan yang dibentangkan telah dibincangkan dalam mesyuarat ini bagi mendapat pandangan dan keputusan berkenaan isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

#KeselamatanTanggungjawabBersama

#MalaysiaMADANI

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri