![](https://liputanmalaysia.my/wp-content/uploads/2024/03/428625222_800753545416253_5590461803633814912_n-1024x683.jpeg)
PUTRAJAYA, 22 Februari 2024– Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara Bilangan 1 Tahun 2024 telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Mesyuarat ini merupakan platform yang melibatkan pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi bagi membincangkan isu-isu berkaitan sempadan negara dan hasil daripada mesyuarat ini akan dibentangkan di Sidang Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
![](https://liputanmalaysia.my/wp-content/uploads/2024/03/428619747_800753675416240_3609360661659089693_n-1024x575.jpeg)
Mesyuarat ini turut melibatkan Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berkaitan dalam kawalan dan penguatkuasaan sempadan negara.
Hadir sama ke mesyuarat ini adalah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha mesyuarat, YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN dan YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Kawalan) KDN, wakil-wakil kementerian, jabatan terlibat dan pegawai-pegawai kanan KDN.
![](https://liputanmalaysia.my/wp-content/uploads/2024/03/428610695_800753705416237_7085483017439043995_n-1024x575.jpeg)
Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri
![](https://liputanmalaysia.my/wp-content/uploads/2022/11/LMAds3.jpeg)