26 Februari 2024 – MKN Negeri Kelantan telah menerima Kunjung Hormat daripada YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
SUB Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) YBrs Tuan Nik Yusaimi bin Yussof telah mengadakan kunjung hormat kepada Ybrs Tuan Haji Jefny bin Muhammad, Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan di pejabat beliau di Tunjong, Kota Bharu.
Pertemuan di antara kedua pihak ini juga telah membincangkan beberapa isu setempat berkait keselamatan secara keseluruhannya.
Kerjasama erat di antara agensi persekutuan dan negeri akan terus mengukuhkan tahap keselamatan dan keyakinan rakyat terhadap keupayaan agensi dalam melindungi dan memastikan keadaan negeri kekal aman dan sejahtera.
Sumber: Facebook Majlis Keselamatan Negara