
SELEPAS Manchester City dan Liverpool, Chelsea turut mencatat keputusan seri 2-2 menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
The Blues mendominasi perlawanan, tetapi sering dihalang oleh pertahanan kental dan aksi cemerlang penjaga gol lawan.
Bekas pemain Manchester City, Cole Palmer, membuka jaringan pada minit ke-13, memberikan Chelsea kelebihan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Namun, di babak kedua, Justin Kluivert menyempurnakan sepakan penalti, diikuti jaringan Antoine Semenyo pada minit ke-68, meletakkan Bournemouth di hadapan.
Bournemouth hampir mencipta kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak 2019, tetapi sepakan percuma Reece James menyelamatkan Chelsea, dengan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
