Tonggak utama Selangor FC (SFC), Faisal Halim dilihat berada di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum perlawanan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan pada Sabtu.
Faisal yang masih menjalani pemulihan akibat disimbah asid sebelum ini buat julung kalinya muncul sambil ditemani keluarganya yang turun menyaksikan perlawanan membabitkan Gergasi Merah yang mengintai slot ke suku akhir.
Bapanya, Halim Saad, turut berdiri bersama-sama barisan kesebelasan utama ketika menyanyikan Lagu Negaraku.
Bapa kepada seorang anak lelaki itu membuat kemunculan pertama di khalayak ramai selepas sidang media dua hari lalu di Selangor Training Centre di Shah Alam.
Pada 5 Mei yang lalu, Faisal Halim mengalami kecederaan serius tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas diserang dengan asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.
Beliau terpaksa menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.