Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dilaporkan menjadi mangsa samun dalam sebuah insiden di Terengganu. Dalam kejadian tersebut, Akhyar yang kini menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) untuk musim ini turut mengalami kecederaan. Berdasarkan video yang beredar di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp, anak kelahiran Kedah itu sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.
Akhyar yang baru saja menyambut ulang tahunnya yang ke-25 semalam menyertai TFC pada bulan Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT). Dia yang berperanan di bahagian serangan menjadi salah satu kekuatan utama bagi skuad Penyu bergandingan bersama pemain lain yang dipinjam dari Harimau Selatan, Safawi Rasid.