
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri turut meluangkan masa mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di Austria dan Slovakia. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN dan YDH CP Dato’ Sri Kamaruddin Md Din, Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM dan TYT Ikram bin Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Republik Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa di Vienna.

Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada YB Datuk Seri Menteri Dalam Negeri berkaitan isu-isu semasa di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk cadangan pindaan Perlembagaan mengenai kewarganegaraan.

