Global

LAWATAN YB MENTERI DALAM NEGERI KE UNODC LABORATORY AND SCIENTIFIC SERVICES DI VIENNA INTERNATIONAL CENTRE, AUSTRIA

Vienna, Austria, 14 Mac 2024- YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri bersama delegasi turut mengadakan lawatan ke UNODC Laboratory and Scientific Services di Vienna International Centre, Austria..

Delegasi Malaysia telah disambut oleh Ms. Wong Yen Ling, Laboratory’s Forensic Manager yang merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di UNODC. Delegasi diberikan penerangan mengenai peranan UNODC Laboratory and Scientific Services dalam membantu penyeragaman makmal forensik di peringkat antarabangsa melibatkan 300 buah makmal di 80 buah negara serta menggalakkan penggunaan data sains dan forensik dalam melaksanakan operasi strategik dan merangka dasar dan membuat keputusan.

YB Menteri Dalam Negeri dan delegasi berpeluang untuk melihat ujian-ujian dadah yang dilakukan oleh makmal termasuk analisa forensik terhadap dokumen-dokumen.

Lawatan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN dan YDH CP Dato’ Sri Kamaruddin Md Din, Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM dan TYT Ikram bin Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Republik Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa di Vienna.

#KeselamatanTanggungjawabBersama

#MalaysiaMadani