Vienna, Austria, 15 Mac 2024 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri mengadakan lawatan ke salah sebuah pusat pemulihan dadah di Vienna, Austria.
Delegasi Malaysia telah disambut oleh Puan Elisabeth Odelga, Ketua Pegawai Eksekutif. Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Stefan Hofner mengenai pusat pemulihan tersebut.
Pusat pemulihan dadah ini bergerak di bawah Vienna City Council dan menyediakan perkhidmatan merawat pulih penyalah guna dadah dari segi psikologi, fisiologi dan masalah sosial bagi menjamin reintegrasi semula ke dalam masyarakat. Pusat ini juga melaksanakan program-program pendidikan pencegahan dadah.
Lawatan ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN dan YDH CP Dato’ Sri Kamaruddin Md Din, Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM.