ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi telah mengadakan perbincangan mengenai kepentingan semua negara Islam di dunia, khususnya Turki dan Iran mengambil pendirian yang sepakat dalam menentang “kezaliman Israel di wilayah Palestin.”
“Serangan Israel ke atas Gaza yang jelas menyalahi undang-undang, sumbangan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan kemungkinan usaha ke arah gencatan senjata yang selama-lamanya di wilayah bergolak itu dibincangkan menerusi panggilan telefon,” kata pejabat Presiden Turki dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sumber: Agensi