Hiburan

Supermodel Tatjana Patitz meninggal dunia akibat kanser payu dara

Tatjana Patitz meninggal dunia pada Rabu akibat kanser payu dara. -Gambar fail/Reuters

SUPERMODEL terkenal era 80-an dan 90-an Tatjana Patitz meninggal dunia akibat kanser payu dara pada Rabu.

Berita kematian Patitz, 56, disahkan ejennya Corinne Nicolas kepada majalah People.

“Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki, adik perempuan, dan ibu bapanya.

“Kami semua berasa sedih dengan pemergiannya.

“Mendiang seorang yang cukup prihatin, baik hati, dan pemurah serta seorang penyokong tegar hak asasi haiwan,” kata Nicolas dalam satu kenyataan kepada People.

Patitz yang dilahirkan di Jerman adalah antara beberapa wanita di era itu yang berjaya meraih kemasyhuran global menerusi penampilan dan gaya yang unik.

Patitz dikatagorikan antara “supermodel” awal bersama Cindy Crawford, Naomi Campbell, Linda Evangelista dan Christy Turlington yang menempa nama pada akhir 1980-an dan awal 1990-an.

Antaranya termasuk menjadi sebahagian daripada paparan muka depan majalah dan video muzik paling ikonik pada masa itu.

Sumber: Astro Awani