Sukan

JOJO MAHU TERUSKAN MOMENTUM KEBANGKITAN MUAY THAI MALAYSIA

Kejayaan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sejarah di The Inner Circle 23 menjadi pembakar semangat buat Johan Ghazali atau Jojo untuk meneruskan momentum positif atlet Malaysia di pentas ONE Championship.

Aliff muncul sebagai Juara Dunia Interim ONE Strawweight Muay Thai selepas menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao. Menurut Jojo, kejayaan itu membuktikan bahawa atlet Malaysia mempunyai kemampuan untuk bersaing pada tahap tertinggi dalam sukan Muay Thai.

Jojo kini bersedia menghadapi petarung Lubnan, Ramadan Ondash, dalam saingan The Inner Circle 24 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada 31 Julai. Beliau bertekad untuk mengikut jejak Aliff dan sekali lagi membuktikan keupayaan Malaysia di pentas antarabangsa.

Walaupun Jojo dan Ramadan mempunyai hubungan persahabatan, kedua-duanya menegaskan persahabatan tersebut tidak akan menghalang mereka daripada memberikan persembahan terbaik apabila bertemu di dalam gelanggang.