GAZA: Pembunuhan Hamza Abdul Rahman Murtaja dalam serangan Israel ke atas sekolah Mustafa Hafiz pada Selasa telah menjadikan jumlah kematian wartawan di Gaza yang direkodkan sejak 7 Oktober 2023 hingga hari ini seramai 170 orang, menurut Pejabat Media Kerajaan.
Organisasi itu, yang mengedarkan senarai nama wartawan yang terbunuh, menyatakan bahawa kesemua pengamal media ini dibunuh dalam usaha untuk “mengaburkan naratif Palestin dan kebenaran.”
Saudara kandung Hamza, Yasser, yang juga seorang wartawan, turut terbunuh pada tahun 2018 ketika membuat liputan “Great March of Return” setelah ditembak oleh penembak tepat Israel.
Perarakan itu merujuk kepada protes selama lebih setahun oleh rakyat Palestin di sepanjang pagar antara Gaza dan Israel pada tahun 2018 dan 2019, di mana mereka menuntut hak untuk kembali ke rumah nenek moyang mereka.
Lebih 250 rakyat Palestin terbunuh ketika penembak tepat Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.