BENTONG, 24 SEPTEMBER 2023 – YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, mengadakan lawatan kerja di Penjara Bentong, Pahang.
Lawatan kerja ini melibatkan lawatan ke bengkel-bengkel kemahiran di Penjara Bentong iaitu Bengkel Tenun Diraja Pahang dan Bengkel Pembuatan Pastry. Bengkel-bengkel ini memberikan peluang kepada banduan-banduan untuk mempelajari kemahiran-kemahiran menenun dan membuat pastri seterusnya sebagai bekalan untuk meneruskan kehidupan setelah dibebaskan kelak.
Selain itu, lawatan kerja ini juga melibatkan lawatan ke Projek Penyelenggaraan dan Pembaikan kuarters Jabatan Penjara Malaysia yang terletak berdekatan dengan Penjara Bentong.
Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut YDH TKJP Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), YDH TKP Dato’ Abu Hassan bin Hussain, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YBrs. TKP Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Bentong, YBrs Encik Johar Julasbi, Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri, pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
#KeselamatanTanggungjawabBersama
Sumber: KEMENTERIAN DALAM NEGERI