Tempatan

MESYUARAT KICK-OFF KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMBANGUNAN SISTEM KAWALAN SEMPADAN NEGARA

Mesyuarat Kick-Off Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara (National Border Control System) telah diadakan pada 7 September 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Satria, Aras 9, Setia Perkasa 1, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), KDN.

Turut hadir YBrs. Tuan Lokman Effendi bin Ramli, Ketua Eksekutif IPSOM, YBrs. Tuan Shamril Faizalis bin Shamsul Bahari, Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan KDN, pasukan penyelidik yang diketuai oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad ‘Athif bin Mohd Faudzi dan wakil-wakil Bahagian di KDN.

#KeselamatanTanggungjawabBersama

#MalaysiaMadani

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri