HiburanSukan

RONALDO DAN GEORGINA DIJANGKA BERNIKAH DI MADEIRA

MADEIRA: Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini di Madeira, Portugal, selepas hampir sedekad menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan itu mula bercinta pada 2016 dan bertunang kira-kira setahun lalu. Ronaldo dilaporkan melamar Georgina dengan sebentuk cincin bernilai 3 juta pound sterling, bersamaan kira-kira RM16.56 juta.

Upacara perkahwinan mereka dijangka diadakan di Katedral Funchal yang mampu memuatkan sehingga 800 tetamu. Madeira dipercayai dipilih kerana pulau berkenaan merupakan tempat kelahiran Ronaldo dan mempunyai nilai sentimental buat bintang bola sepak itu.

Majlis resepsi pula dilaporkan bakal berlangsung di hotel lima bintang Savoy Palace yang menghadap Lautan Atlantik. Ronaldo dan Georgina kini menetap di Arab Saudi selepas pemain berusia 41 tahun itu menyertai kelab Al Nassr.