Ekonomi

PENJAWAT AWAM SARAWAK TERIMA BKK DUA BULAN GAJI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan mereka.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan itu akan disalurkan kepada kira-kira 28,000 penjawat awam negeri sebelum penghujung 2023.

Penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sepanjang tahun berkenaan turut menerima BKK sebanyak RM600. Bayaran kepada sekitar 130,000 penerima tersebut dijadualkan pada awal 2024.

Pengumuman itu dibuat ketika Abang Johari menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Menurut beliau, kerjasama perkhidmatan awam dengan kerajaan turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan rakyat negeri itu.