Global

PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA RAKYAT DI KAMPUNG ANGKAT MADANI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Program Jalinan Mesra Bersama Rakyat di Kampung Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri di SK Beng, Lenggong, Perak pada 4 April 2024.

Kampung Angkat MADANI adalah salah satu program di bawah Dana Komuniti MADANI (DKM) yang bertujuan untuk membantu komuniti desa memulakan projek ekonomi sendiri. Dana yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan program ini memberikan peluang kepada komuniti untuk menentukan projek ekonomi sendiri yang ingin dibangunkan oleh mereka. Kampung Beng Lenggong Perak merupakan salah satu Kampung Angkat MADANI yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Encik Mohd Noor Azam bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong, serta ketua-ketua jabatan dan pengurusan tertinggi KDN.

SUMBER: FACEBOOK KEMENTERIAN DALAM NEGERI