Sukan

Penjaga gol kebangsaan Syihan Hazmi sah sertai JDT

Perkara itu diumumkan JDT menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers pada Jumaat. – Foto JOHOR Southern Tigers

PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi menamatkan teka-teki apabila sah menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkara itu diumumkan JDT menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers pada Jumaat.

“This is the Home of Champions, Syihan. Selamat datang ke JDT!,” tulis kenyataan di laman Facebook itu.

Syihan Hazmi mula dikenali selepas aksi hebatnya bersama pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2022 apabila merekodkan tujuh perlawanan tanpa bolos dan hanya melepaskan 26 gol daripada 22 perlawanan.

Kecemerlangan Syihan Hazmi itu membolehkan dia mendapat tempat dalam kesebelasan Harimau Malaya membantu pasukan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2024 dan muncul sebagai naib juara saingan King’s Cup 2022 di Thailand.

Malah, penjaga gol berusia 26 tahun itu juga meneruskan prestasi terbaiknya apabila merekodkan tiga keputusan tanpa bolos dalam saingan Piala AFF yang berakhir baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian