Semasa berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui betapa sukarnya untuk mencari sahabat sejati yang benar-benar sudi berada di sisinya.
Malah, apa yang paling mengecewakan bekas Perdana Menteri itu adalah ramai yang hanya tampil ketika senang dan ada juga yang bersikap pura-pura.
“Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran. Di kala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan,” kata bekas Presiden UMNO itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Rabu.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.
Dalam hantaran yang sama, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup hadir untuk mengikuti perkembangan keputusan kes tersebut.
“Ternyata begitu ramai penyokong dan rakyat biasa yang menghargai jasa serta merindui dasar pentadbiran dahulu,” katanya.
“Ikhlas. Inilah yang benar-benar sahabat sejati. Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat,” luah Najib yang kini berusia 71 tahun itu lagi.