PUTRAJAYA: Pengukuhan kesiapsiagaan COVID-19 akan diumumkan dalam taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama media, Selasa depan
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam taklimat berkenaan.
“Semua (SOP) akan dijelaskan pada Selasa ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kesihatan di sini, pada Jumaat.
China dilaporkan akan membuka semula sempadannya pada Ahad ini, selepas hampir tiga tahun ditutup susulan pandemik COVID-19.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memperketatkan pemeriksaan COVID-19 di pintu masuk utama negara termasuk melakukan ujian suhu.
Menurutnya, kerajaan tidak akan mendiskrimasi mana-mana negara termasuk China daripada memasuki Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
Sumber : Astro Awani