Global

MAJLIS PENUTUPAN INTER – AGENCY POLICY WORKSHOP TOWARDS PLANNING AND DESIGNING HUMAN CORRECTIONAL FACILITIES

Inter-Agency Policy Workshop Towards Planning And Designing Human Correctional Facilities yang berlangsung selama 2 hari, bermula dari 17 hingga 18 April 2024 di Langkawi, telah berjaya disempurnakan dengan Majlis Penutupan yang dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk wakil dari Kementerian Dalam Negeri.

Majlis Penutupan dimulakan dengan penghormatan kepada Lagu Negaraku dan bacaan doa, sebelum perbentangan hasil bengkel oleh Mr. Erwann Tor, seorang Pakar Kanan dari Kesatuan Eropah (EU) yang memberikan pandangan serta cadangan kepada peserta bengkel berkenaan dengan hasil kerja selama dua hari tersebut.

YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis penutupan ini. Kehadirannya menunjukkan komitmen pihak kerajaan dalam memastikan kerja-kerja bengkel ini berjalan lancar dan memberi impak yang positif terhadap sistem pemasyarakatan negara.

Turut hadir dalam majlis penutupan ini adalah YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, serta Pengarah Penjara Negeri. Kehadiran mereka menunjukkan sokongan dari pihak pentadbiran penjara dalam usaha meningkatkan sistem pemasyarakatan yang lebih berkesan dan manusiawi.

Melalui bengkel ini, diharapkan akan terhasil cadangan-cadangan yang berkesan untuk merancang dan mendesain fasiliti pemasyarakatan yang lebih manusiawi dan sesuai dengan keperluan semasa. Ini akan membawa kepada peningkatan dalam pengurusan dan pembetulan banduan, serta menyumbang kepada pembangunan sistem pemasyarakatan yang lebih baik di Malaysia.

#KeselamatanTanggungjawabBersama#KementerianDalamNegeri

#JabatanPenjaraMalaysia

#PenerajuPerkhidmatanKorektif

#MalaysiaMadani

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri