PUTRAJAYA, 5 MAC 2024 – Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri Tahun 2023 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri (MDN) di Putrajaya.
Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta Ketua-ketua Jabatan.
Majlis pada petang ini meraikan seramai 273 orang pegawai cemerlang KDN bagi tahun 2023. Masing-masing seorang penerima Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri, Sijil Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Sijil Khas Ketua Setiausaha KDN. Manakala 160 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 100 penerima Anugerah Sijil Kepujian (ASK). 10 orang MyStep turut menerima ASK.
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, MDN mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan meminta para pegawai sentiasa meningkatkan kecemerlangan masing-masing.
Beliau juga menekankan semangat “empathy” dalam kalangan warga KDN supaya semua tindakan menjurus kepada keperluan rakyat yang memerlukan tindakan pantas dan tuntas.
Kecemerlangan dibentuk melalui kesungguhan dalam bekerja dan pembaikan akhlak melalui kekuatan ilmu serta keseimbangan antara EQ dan IQ.