KUALA LUMPUR, 7 MAC 2024 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Identiti Digital Nasional (IDN) Bilangan 1 Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara, Bukit Aman.
Turut hadir adalah ahli-ahli Majlis IDN iaitu YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, YBrs. Tuan Badrul Hisham bin Alias, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara serta pegawai-pegawai daripada Bahagian-Bahagian di Kementerian Dalam Negeri, Kementerian dan Jabatan yang berkaitan.