Tawau, 23 September 2023 – YBhg. Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan Lawatan Kerja ke Jeti Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bagi melihat sendiri Tapak Projek Naiktaraf Jeti APMM yang akan dinaiktaraf pada tahun ini. Jeti ini akan memberi impak yang besar kepada kelancaran pengoperasian APMM di Sabah.
Turut hadir bersama YBhg. Datuk SH Sitti Saleha Binti Habib Yusoff, Pengarah Imigresen Sabah, Puan Siti Norhaini binti Osli, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri Maritim Negeri Sabah, Kdr (M) Amiludin bin Yenggah, Timbalan Pengarah Operasi, Zon Maritim Tawau, YBrs. Dr. Wong Ching Ching, Ketua Seksyen Teknikal, KDN
#KeselamatanTanggungjawabBersama
Sumber: Facebook Kemeterian Dalam Negeri