Tempatan

Sekitar Lawatan Kerja YBhg. Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Sabah

Tawau, 23 September 2023 – YBhg. Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan Lawatan Kerja ke Depoh Tahanan Imigresen Tawau bagi melihat dengan lebih dekat pengoperasian depoh daripada segi keselamatan dan kebajikan anggota penguatkuasa imigresen.

Selain itu, delegasi Ketua Setiausaha Dalam Negeri (KDN) meneruskan lawatan kerja ke Kuarters Polis Marin Tawau bagi melihat dan memantau kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters menggunakan peruntukan penyelenggaraan yang telah diluluskan pada tahun 2023.

Turut hadir bersama YBhg. Datuk SH Sitti Saleha Binti Habib Yusoff, Pengarah Imigresen Sabah, Supt Jaffri Bin Bidin (Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPMO) Lahad Datu) ,Wakil YDH KPPM, DSP Ridzauddin Bin Selamat,(Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPMO) Tawau), dan YBrs. Dr. Wong Ching Ching, Ketua Seksyen Teknikal, KDN.

#KeselamatanTanggungjawabBersama

#MalaysiaMadani

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri