Menurut Kementerian Kesihatan UAE, sejumlah kecil penduduk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menunjukkan gejala yang dikaitkan dengan air yang tercemar selepas hujan lebat dan banjir melanda negara tersebut. Kenyataan tersebut yang disiarkan oleh agensi berita negara pada hari Rabu tidak dinyatan secara menyeluruh berkenaan jumlah orang yang mengalami gejala tersebut.
Kementerian mengatakan bahawa terdapat “beberapa kes yang sangat terhad menunjukkan beberapa gejala akibat air yang tercemar” dan mereka sedang menerima rawatan di hospital. UAE telah dilanda hujan pada 16 April yang menyebabkan sebahagian daripada negara itu terjejas dengan beberapa kawasan kejiranan mengalami banjir termasuk di Dubai dan bandar utara. Empat kematian dilaporkan akibat banjir tersebut.