Global

Kanak-kanak berusia 6 tahun dibunuh kerana cemburu

Tangkap layar hantaran tular mengenai pembunuhan seorang kanak-kanak di Pontianak. – Foto Sinar Harian/Agensi

KALIMANTAN: Warga kota Pontianak dikejutkan oleh kejadian pembunuhan tragis seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun. Lebih memilukan, mayat kanak-kanak itu ditemui dalam sebuah guni pada Khamis, 23 Ogos lalu, oleh ayahnya berhampiran rumah mereka.

Menurut laporan media tempatan, pembunuhan tersebut dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana cemburu dan iri hati terhadap kanak-kanak itu. Ibu kandung mangsa, yang dikenali sebagai Tiwi, memberitahu pemberita pada Isnin bahawa suspek merasakan suaminya lebih menyayangi anak kandungnya berbanding anak tiri, sehingga kemarahan tersebut dilepaskan kepada anaknya.

Tiwi juga menjelaskan bahawa dia mengetahui motif pembunuhan tersebut setelah menemui suspek di balai polis. Dia berharap pihak polis akan memberikan hukuman yang setimpal kepada suspek.

“Saya mengetahui tentang kematian anak saya melalui bekas suami saya pada malam Khamis. Saya sangat terkejut menerima berita yang sangat menyedihkan ini,” tambahnya.

Suspek kini telah ditahan oleh polis daerah Kalimantan Barat dan akan didakwa serta dibicarakan atas kesalahan membunuh.