MARCUS Rashford dan Bruno Fernandes menjaringkan dua gol ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Manchester City 2-1 dalam perlawanan derby penuh dramatik di Old Trafford pada Sabtu.
Hanya empat minit memisahkan dua percubaan daripada pasukan kendalian Erik ten Hag ketika Fernandes terlebih dahulu menyamakan kedudukan membatalkan gol pembukaan Jack Grealish.
Tiada sebarang pertikaian mengenai kemenangan United, bagaimanapun, dengan Rashford menolak masuk dari jarak dekat selepas menerima hantaran Alejandro Garnacho.
Kemenangan itu meletakkan United hanya satu mata di belakang musuh ketat mereka, sambil memberi peluang kepada Arsenal untuk mendahului lapan mata dengan kemenangan ke atas Tottenham semalam (Ahad).
Sumber: Astro Awani