Global

Genosid di Gaza: Pelapor Khas Hak Asasi Manusia Tuntut Tindakan PBB

Selain kemusnahan infrastruktur dan grid kuasa, konflik dengan Israel telah mengorbankan lebih 42,000 rakyat Palestin termasuk 17,000 kanak-kanak.

Pelapor khas hak asasi manusia di wilayah Palestin telah mendedahkan bahawa Israel telah melakukan genosid di Gaza. Menurut Francesca Albanese, maklumat ini terdapat dalam laporan yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan tersebut disusun setelah siasatan selama lima bulan. Beliau menjelaskan bahawa terdapat asas yang kukuh dan munasabah untuk mendakwa bahawa Israel telah melakukan genosid di Gaza.

“Perkembangan di lapangan sangat mengerikan dan ia telah lama berlaku.

“Keganasan genosid telah berkembang dan merebak ke bahagian lain wilayah Palestin yang diduduki,” katanya.

Selain kemusnahan infrastruktur dan grid kuasa, Albanese berkata, konflik dengan Israel telah mengorbankan lebih 42,000 rakyat Palestin termasuk 17,000 kanak-kanak.