Hiburan

Datuk Amy Minta Penjelasan Royalti dari Din dan Kid untuk Album ‘Rockology Search’

Amy dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak akan menghalalkan hasil royalti yang dirampas.

“Saya ingin bertanya kepada Din dan Kid, di mana royalti dari album Rockalogy kami yang mereka jual?”

Vokalis kumpulan Search, Datuk Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman mengajukan pertanyaan kepada pemain gitar adik-beradik Din dan Kid yang telah merilis album Rockology Search: Kid’Din Collection tanpa persetujuan atau perjanjian yang sah dari pihak Search. Amy menyatakan bahwa tindakan tersebut tidak hanya menunjukkan kurangnya penghormatan terhadap Search termasuk bekas pemain dram Allahyarham Yazit. Perbuatan tersebut juga merupakan pelanggaran terhadap undang-undang.

“Itu (royalti) hak kami; hak anak isteri arwah Yazit, hak Nasir dan saya. Ketika mereka putuskan jual album Rockology Search sekeping dokumen pun tidak ada. Sedangkan lagu yang diterbitkan dalam album itu kami mainkan bersama. Banyak benda yang mereka langgar dan mereka tidak menghormati kami walaupun mereka tahu apa yang mereka buat itu salah,” katanya.

Amy yang berusia 66 tahun menyuarakan pandangannya semasa ditemui di majlis Jamuan Hari Raya Go Search International di Villa Zamara, Sungai Penchala pada hari Khamis. Amy turut menyatakan bahawa perasaannya semakin tercalar apabila seorang rakan mereka mengungkapkan bahawa Din pernah menyatakan bahawa jumlah royalti yang akan diberikan bergantung kepada belas kasihan mereka.

“Kalau ikutkan mereka sudah langgar Akta Hak Cipta. Kalau mereka nak bayar kami, berapa yang mereka akan bayar kerana satu dokumen pun tidak ada,” katanya lagi.