HiburanSukanTempatanWORLD CUP 2026

DATARAN MERDEKA BAKAL MERIAH DENGAN TAYANGAN FINAL PIALA DUNIA 2026

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 menerusi skrin gergasi yang akan dipasang di Dataran Merdeka pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tayangan berkenaan menjadi antara acara utama program Unity Merdeka yang dianjurkan bersama 16 kementerian. Pelbagai aktiviti akan berlangsung bermula jam 8 malam sebelum kemuncaknya dengan siaran final Piala Dunia.

Penganjur menyasarkan kehadiran sehingga 300,000 pengunjung dan berharap program tersebut dapat mencatat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records. Unity Merdeka yang membawa tema “Kepelbagaian Disatukan, Kesejahteraan Dikekalkan” turut menampilkan pameran serta reruai interaktif daripada agensi keselamatan dan kerajaan.

Terdahulu, kira-kira 2,000 peserta menyertai program Fun Run Unity Merdeka sejauh lima kilometer yang bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak polis dan masyarakat.