WORLD CUP 2026Sukan

FINAL PIALA DUNIA 2026: SEPANYOL DAN ARGENTINA REBUT KEJUARAAN

-Gambar/ Reuters-

KUALA LUMPUR: Sepanyol dan Argentina bakal berentap dalam aksi final Piala Dunia 2026 awal pagi Isnin, dengan kedua-dua pasukan membawa kekuatan serta corak permainan berbeza.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali dan Azlan Johar memilih Sepanyol sebagai pasukan pilihan selepas skuad kendalian Luis de la Fuente mempamerkan aksi meyakinkan serta disiplin tinggi di bahagian tengah. Safee meramalkan kemenangan 2-1, manakala Azlan menjangkakan Sepanyol menang 2-0.

Bagaimanapun, penganalisis bola sepak Stanley Bernard percaya Argentina mempunyai mentaliti juara dan daya tahan tinggi untuk bangkit dalam perlawanan penting. Beliau meramalkan juara bertahan itu menewaskan Sepanyol 3-2 selepas masa tambahan.

Pertembungan ini dijangka ditentukan oleh penguasaan bahagian tengah, ketahanan mental serta keupayaan kedua-dua pasukan memanfaatkan peluang di hadapan gol.