
Malaysia akan membawa beberapa isu penting ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila, termasuk ketegangan di Laut China Selatan, konflik di Asia Barat serta keselamatan makanan serantau.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara anggota ASEAN perlu menyelaraskan pendirian kerana konflik yang berlaku jauh dari rantau ini tetap boleh memberi kesan kepada ekonomi, keselamatan dan kehidupan masyarakat.
Malaysia turut mencadangkan dasar jaminan makanan ASEAN, khususnya bagi bekalan beras, dengan setiap negara memanfaatkan kekuatan pengeluaran masing-masing. Kerjasama ASEAN Power Grid juga akan diberi perhatian bagi memperkukuh keselamatan tenaga di rantau ini.




