Sukan

DANISH IFTIKHAR TAMAT SAINGAN 100M B-20 DI TEMPAT KELAPAN

– Foto Astro Arena –

KUALA LUMPUR: Pelari pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, menamatkan saingan akhir acara 100 meter lelaki Bawah 20 Tahun di kedudukan kelapan.

Atlet berusia 19 tahun itu mencatat masa 10.44 saat dalam perlumbaan akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun 2026 di Oregon, Amerika Syarikat.

Kejayaan tersebut menjadikan Danish pelari pecut kedua Malaysia yang mara ke final acara berkenaan selepas Muhammad Azeem Mohd Fahmi melakukannya pada 2022.

Pingat emas dimenangi wakil tuan rumah, Tate Taylor, dengan catatan 9.94 saat, manakala Gary Card dari Jamaica dan Marko Fereira dari Afrika Selatan melengkapkan kedudukan tiga terbaik.