HiburanJenayah

BEKAS PENYAMPAI RADIO ISMAHALIL HAMZAH DIPENJARA 30 TAHUN

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar kanabis.

Panel tiga hakim memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah. Ismahalil pula gagal menimbulkan keraguan terhadap pemilikan dan kawalan dadah berkenaan bagi tujuan pengedaran.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Hukuman terhadap pengasas Bapakku FM tersebut berkuat kuasa serta-merta.