BisnesTempatan

BIMB: Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu

Bagi anda yang menggunakan akaun Bank Islam, atau ingin membuka akaun baharu, boleh muat turun aplikasi BIMB Mobile hari ini di Android, Huawei atau iPhone, atau mengaksesnya melalui web BIMB.com hari ini

Bank Islam kini memperkenalkan aplikasi dan laman web perbankan baharu yang dikenali sebagai BIMB.

Pengguna Bank Islam boleh memuat turun aplikasi BIMB di peranti iPhone, Android, dan Huawei, selain mengakses perkhidmatan perbankan melalui laman web BIMB.com.

Aplikasi BIMB hadir dengan antaramuka yang lebih moden dan kemas, memudahkan pengguna untuk menguruskan akaun, simpanan, kad, dan pinjaman mereka dalam satu platform. Versi ini merupakan naik taraf daripada aplikasi Go sebelumnya, menampilkan peningkatan dalam aspek keselamatan serta ciri-ciri baru seperti pembukaan akaun dan pembayaran zakat.

Ciri DuitNow juga disertakan untuk mempermudah proses pembayaran dalam aplikasi ini. Untuk menggunakannya, pengguna perlu memiliki peranti dengan sistem operasi iOS 13 atau Android 10 ke atas.

Bagi pelanggan sedia ada atau mereka yang ingin membuka akaun baharu, aplikasi BIMB Mobile boleh dimuat turun hari ini di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery, atau diakses melalui laman web rasmi BIMB.com.