Global

Anwar Ibrahim: Kerjasama PH-BN Penting untuk Kestabilan Politik Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) ketika sesi Temu Anwar pada Majlis Perasmian Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di Gravitas hari ini. 

Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) wajar diteruskan pada pilihan raya akan datang kerana kestabilan politik yang dikecapi negara ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan bahawa dalam situasi semasa, sukar bagi mana-mana parti politik untuk memperoleh majoriti yang kukuh dan Malaysia sejak dua tahun kebelakangan ini dianggap sebagai salah satu negara paling stabil di rantau ini.

“Ini juga menjadi faktor apabila kita memohon untuk menyertai BRICS; daripada 30 negara yang memohon, Malaysia adalah antara yang paling mudah diterima oleh negara-negara asal BRICS,” katanya.

Anwar menambah bahawa kestabilan ini membolehkan Malaysia merangka dasar yang jelas dalam bidang seperti pelan digital, semikonduktor dan transisi tenaga. Dasar-dasar ini pula disokong oleh pentadbiran yang cekap termasuk dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara baharu yang komited untuk membawa perubahan dalam kalangan penjawat awam.