Sukan

Aifa dan Aira Azman Juara Beregu Wanita Kejohanan Skuasy Asia 2024

Atlet skuasy negara Aifa Azman (kanan) dan Aira Azman bergambar bersama Piala Kejohanan yang dimenangi mereka pada Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024 di Arena Emas hari ini. Gambar: BERNAMA

Pasangan adik beradik, Aifa Azman dan Aira Azman memenuhi ramalan dengan meraih gelaran juara beregu wanita setelah mengalahkan pasangan Malaysia lain, Nor Ainaa Amani Ampandi dan Chan Yiwen dalam final Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024 di Arena Emas, Skudai, hari ini.

Sebagai pilihan utama, Aifa dan Aira menunjukkan kekuatan mereka dalam permainan bertenaga dan berjaya mengatasi pasukan lawan dengan skor 11-6, 11-7.

Aira mengungkapkan kepuasan atas kejayaan ini walaupun menghadapi kecederaan pada buku lali semasa perlawanan separuh akhir semalam.

“Sebagai pilihan utama, kami akui merasai tekanan untuk memberikan yang terbaik, namun segalanya ‘menjadi’ mengikut perancangan hingga berjaya memenangi acara ini.

“Ia bukanlah kejayaan yang mudah dicapai kerana berdepan masalah kecergasan setelah mengharungi 11 perlawanan dalam masa empat hari ini,” katanya.

Senada itu, Aifa menzahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kejayaan meskipun prestasi ketika menjalani latihan tidak begitu memberangsangkan.

“Kami ada jalani latihan bersama Ainaa dan Yiwen tetapi prestasi kami tidak begitu memberangsangkan.

Senada itu, Aifa menzahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kejayaan meskipun prestasi ketika menjalani latihan tidak begitu memberangsangkan.

” Syukur dengan permainan kali ini dan saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada adik saya yang banyak bermain dan ‘she put a lot of effort’ untuk memastikan kemenangan di peringkat akhir.

“Kami ada jalani latihan bersama Ainaa dan Yiwen tetapi prestasi kami tidak begitu memberangsangkan.

“Pada perlawanan tadi, kami berjaya membuktikan keserasian beraksi bersama dan Aira banyak membantu mengutip mata hingga menjuarai acara beregu wanita.

“Saya harap kemenangan ini memberikan suntikan semangat bagi mengharungi beberapa lagi kejohanan penting tahun ini,” katanya.

Sementara itu, beregu lelaki negara Ong Sai Hung-Mohd Syafiq Kamal terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas tewas kepada beregu India, Abhay Singh dan Belavan Senthilkumar dengan 4-11, 5-11.

Sumber: BERNAMA