Jenayah

5,000 PELARIAN MYANMAR AKAN DIHANTAR PULANG SECARA BERPERINGKAT

Kerajaan memuktamadkan fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela melibatkan 5,000 pelarian Myanmar yang layak. Proses tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang 2026 dengan persetujuan Kerajaan Myanmar.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, kumpulan pertama terdiri daripada 1,476 warga Myanmar yang dikenal pasti oleh kerajaan negara itu dan dijadualkan pulang pada 29 September 2026. Operasi berkenaan akan menggunakan dua kapal perang serta sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar.

Seramai 4,008 individu lain, terutama etnik Rohingya, pula akan didaftarkan melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP). Program itu bertujuan mengesahkan identiti, kewarganegaraan, status imigresen, tuntutan pelarian dan latar belakang keselamatan mereka.

Sehingga 15 Ogos lalu, sebanyak 10,388 warga Myanmar ditempatkan di depot tahanan imigresen di seluruh negara, namun KDN menjelaskan bahawa tidak semuanya berstatus pelarian. Kerajaan akan meneruskan rundingan diplomatik dan pelaksanaan DPP bagi menangani isu berkenaan secara teratur, berperikemanusiaan serta berlandaskan undang-undang.