Sukan

BRUNO FERNANDES DINOBAT PEMAIN TERBAIK PFA

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) bagi musim 2025/2026 selepas menerima undian daripada rakan-rakan pemain profesional.

Pemain tengah Portugal itu mempamerkan prestasi cemerlang dengan menjaringkan sembilan gol dan menghasilkan rekod 21 bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Fernandes turut mencipta 132 peluang sepanjang musim serta membantu United menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Kemenangan itu menjadikan Fernandes pemain Manchester United pertama meraih anugerah berprestij tersebut sejak Wayne Rooney pada 2010. Dia juga muncul pemain Portugal kedua memenanginya selepas Cristiano Ronaldo yang meraih gelaran itu pada 2007 dan 2008.

Dalam kategori lain, penyerang Manchester City, Khadija Shaw, dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik PFA buat kali kedua. Nico O’Reilly pula memenangi anugerah Pemain Muda Lelaki Terbaik, manakala Olivia Smith menerima gelaran Pemain Muda Wanita Terbaik.