Teknologi

TERKINI: Transformasi Industri Teknologi dan Pembiayaan Kontrak Kerajaan

Datakraf Solutions Sdn Bhd, penyedia kepakaran dalam teknologi dengan penyelesaian IT moden dan pendigitalan, bersama Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, syarikat pemfaktoran bertauliah pertama di Malaysia, bekerjasama melancarkan Ikhtiar Digital Sdn Bhd melalui memorandum persefahaman antara 3 penjuru, yang ditandatangani pada 23 Oktober 2023.

Ikhtiar Digital Sdn Bhd menerima mandat daripada Datakraf Solution Sdn Bhd dan juga Ikhtiar Factoring Sdn Bhd dalam menguruskan pengintegrasian serta pengurusan maklumat secara digital melalui aplikasi dan laman sesawang TenderDB. Kerjasama ini dilihat berpotensi merubah cara syarikat dan kontraktor memasuki tender kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di masa hadapan. Melalui pengintegrasian platform carian tender dan pembiayaan yang serentak, Ikhtiar Digital Sdn Bhd yakin ianya dapat mempermudah proses bagi para petender, kontraktor terutama sekali perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang ingin memasuki mana-mana tender namun mempunyai kapasiti kewangan yang terhad.

Antara masalah yang sering dihadapi petender adalah kekurangan notifikasi masa sebenar atau real-time notification, kini dapat diatasi melalui solusi yang ditawarkan TenderDB. Mana-mana syrikat yang berdaftar dengan TenderDB akan mendapat notifikasi harian bagi kod bidang yang sudah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dan ini dapat memastikan mereka tidak lagi terlepas sebarang peluang tawaran tender yang dibuka. Selain dari itu, melalui khidmat tawaran Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, mereka juga boleh mendapatkan surat sokongan kewangan bagi tujuan memasuki tender serta mendapatkan pembiayaan sehingga 80% dari nilai Surat Setuju Terima, hanya melalui aplikasi TenderDB.

TenderDB juga mengalu-alukan mana-mana syrikat yang telah berdaftar sebagai pengguna untuk turut mendaftar dengan Ikhtiar Factoring Sdn Bhd melalui aplikasi dan laman sesawang TenderDB. Bagi yang mendaftar dengan TenderDBxIkhtiar dari sekarang sehingga Disember 2023, bakal mendapatkan promosi penggunaan percuma selama 30 hari, notifikasi dan carian tender serta percuma 1 surat sokongan kewangan (bernilai RM250). Hanya melalui laman sesawang atau aplikasi TenderDB.

Gabungan kuasa tiga syarikat ini dilihat dapat membawa manfaat besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME), kontraktor juga petender dalam industri penyelesaian digital dan pembiayaan kontrak kerajaan. Ini merupakan tonggak baru dalam usaha memajukan sektor ini ke arah yang lebih efisien serta berdaya saing.


Layari laman sesawang rasmi ikhtiar.tenderdb.com untuk maklumat lanjut