Tempatan

Syamsul, Ira sah berpisah talak satu

Syamsul Yusof (kiri) dan Ira Kazar (kanan) sah bercerai t6alak satu. -Sinar Harian

KUALA SELANGOR: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof disahkan bercerai talak satu dengan Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah pada Khamis. Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengesahkan perceraian tersebut setelah berpuas hati dengan pengakuan Ira, atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berhubung pelanggaran taklik.

Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Rais, memaklumkan bahawa mahkamah mengesahkan pelanggaran lafaz taklik selepas Ira mengaku membuat lima hantaran di media sosial secara sukarela sejak 14 Ogos lalu. Dengan itu, tempoh idah Ira bermula dari tarikh tersebut.

Peguam syarie Muhammad Fadhil Abd Razak yang mewakili Ira berkata bahawa mahkamah mendapati perceraian berlaku di luar mahkamah, dan keputusan pada hari ini menyelesaikan kes penceraian mereka.

Syamsul, 40, atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, memfailkan permohonan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Pasangan itu berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.