KREMLIN memberi amaran bahawa kereta kebal yang akan dihantar United Kingdom (UK) ke Ukraine akan dimusnahkan.
Amaran itu dikeluarkan Rusia susulan keputusan UK untuk menghantar 14 kereta kebal moden ke Ukraine bagi memperkukuh pertahanan negara itu.
Beberapa negara barat juga bakal membantu Ukraine dengan menghantar peralatan dan senjata canggih.
Sejak Presiden Vladimir Putin mengarahkan tentera untuk menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya menyalurkan bantuan ketenteraan bernilai puluhan bilion dolar termasuk sistem roket, dron, kenderaan berperisai dan sistem komunikasi.
Dakwa jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, negara barat menggunakan Ukraine sebagai platform untuk mereka mencapat matlamat anti-Rusia mereka.
Sumber: Astro Awani