Bisnes

Proton Bakal Lancar Lima Model EV di Bawah Jenama e.MAS

Proton belum memutuskan garis masa (menetapkan tarikh) tetapi model pertama akan dilancarkan tidak lama lagi, ia mungkin awal 2025 atau lebih awal. Gambar: ihsan Mekanika

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional, sedang merancang untuk mengeluarkan lima model kenderaan elektrik (EV) menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah jenama baru yang dikenali sebagai Proton e.MAS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah, model EV pertama di bawah jenama baru tersebut dijangka akan dilancarkan menjelang tahun 2025.

“Proton belum memutuskan garis masa (menetapkan tarikh) tetapi model pertama akan dilancarkan tidak lama lagi, ia mungkin awal 2025 atau lebih awal.

“Kami mahu memastikan penerimaan Proton EV di pasaran… dari segi volum dan model, kami akan memutuskan (untuk melancarkan lebih banyak EV) berdasarkan permintaan dan penerimaan orang ramai terhadap Proton EV,” kata Roslan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan nama dan logo jenama EV baharu Proton, e.MAS di Pusat Kecemerlangan Proton di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA