PolitikTempatan

PRN: Bantuan RM3,000 kepada pelajar IPT, hapus tunggakan bil air antara manifesto BN-PH Kelantan

Ahmad Jazlan berkata, antara keistimewaan lain untuk rakyat ialah bantuan ‘one off’ kepada pelajar institusi pengajian tinggi sebanyak sebanyak RM3,000. – Gambar fail

KOTA BHARU: Penghapusan tunggakan bil air, penurunan caj kadar cukai tanah dan tawaran 50 peratus diskaun bayaran proses pelan dengan PBT bagi pembinaan rumah mampu milik antara yang ditawarkan kepada rakyat jika diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya negeri.

Antara keistimewaan lain untuk rakyat ialah bantuan ‘one off’ kepada pelajar institusi pengajian tinggi sebanyak sebanyak RM3,000, parkir kenderaan percuma di seluruh negeri dan naik taraf pasar awam seluruh negara.

Perkara itu digariskan melalui manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan oleh Pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub.

Sumber: Sinar Harian